Bangsa Mim tak hilang di dunia



Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas. Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untuk membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda. Siri di dalam nusanaga kebanyakannya adalah dari kajian, pendapat, cerita dan pengalaman peribadi penulis. Oleh yang demikian, segala ‘kunci-kunci’ yang telah dan akan di berikan ini hanya ‘tools’ untuk ‘explorasi’ anda demi merealisasikan sebuah kebangkitan yang sering di ungkapkan oleh muslim di seluruh dunia. Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulut baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam ‘syurga’. Dek kerana ilmu nama-nama serta ‘kesempurnaan’ ADAM, maka AZAZIL bertukar menjadi IBLIS
demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka tamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbang ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan ADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaran yang di kenali sebagai ‘satu umat’.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala sama seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah
mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah berlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehingga mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah merosakkan segala kesucian ‘satu umat’. Terdapat juga Dewa-dewi yang telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini berperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.

Era baru itu adalah era ‘dark and light’ yang mana perang telah berluasa dan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantis mencapai ‘Golden Age’. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat. Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Ada antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno. Anak-anak NUH telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu bahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halaman mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus sentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS SUNDA.

Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains, matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama mereka ialah ‘kisah golongan beriman’ untuk di jadikan ‘guideline’ serta perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kala seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan yang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dan kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran

Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi ‘topik utama’ di dalam Quran. Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga Ali Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di ‘utama’kan bila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cuma mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAH melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa arab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi, hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan oleh CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa parsi yang melahirkan bangsa ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari ke tanah INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa diri ke YUNNAN dan akhirnya ke tanah sumatra. TIdak berapa lama kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi MUSA juga mempunyai ‘kunci’ takkala baginda membawa 70 dari pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di buktikan dalam ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala. Pada ketika itu, penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi MUSA telah ‘landing’, maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang tidak tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya berpendapat mereka mungkin telah sampai ke INDIA atau mungkin ke tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini kerana mereka telah melayari lautan dan di ‘implan’kan sifat kasar dan berjiwa kental.)

Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk asal tanah jawi/Nusantara yakni orang asli. Kemudiannya, ketika empayar melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum dari china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di teruskan dengan percampuran dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di tafsirkan sebagai ‘bangsa’. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan hilang seolah-olah terlepas dari sunnatullah ‘tiap umat ada umurnya’?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: